Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, BTP/PMO ICT telah membangunkan satu modul baru dalam sistem Data Inisiatif ICT Sekolah - Sekolah KPM (eData) iaitu modul Makmal Komputer untuk mengumpul data makmal komputer sekolah bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.
3. Sehubungan itu, tuan/puan dengan kerjasama PKG dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian / verifikasi maklumat makmal komputer sekolah di dalam sistem tersebut. Setiap PKG perlu mengemaskini data sekolah di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan urusan pengesahan data dapat dijalankan dengan lancar. Maklumat berkenaan hendaklah disahkan oleh PKG dan BTPN selewat-lewatnya 02 Jun 2014 (Isnin).
4. Modul Makmal Komputer tersebut boleh diakses melalui pautan "Kemaskini Data Makmal Komputer" setelah PKG/BTPN log masuk dalam sistem eData (www.moe.edu.my/epantau/eData).
5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus ke alamat emel uppt@moe.gov.my.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
No comments: