sponsor

sponsor

Slider

Theme images by kelvinjay. Powered by Blogger.

Recent Tube

Technology

Life & style

Games

Sports

Fashion

Update blog try guna tablet

Mudahkan? Takper buka PC untuk update apa2 berita atau post, cuma perlu install blogger dlm playstore android terus boleh update post.....

Blog Rasmi SK Kampong Berangan, Selising, Pasir Putih Kelantan

Admin sekali lagi diberi kepercayaan membina serta menyiapkan Blog Rasmi SK Kampong Berangan, Pasir Putih Kelantan ke Pertandingan Sekolah Cemerlang Bestari kategori Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan 2017.

Kesempatan ini, admin merangka design menggunakan template dari Gooyaabi Templates dan menyiapkannya dalam masa 7 hari. Blog ini sangat bermakna buat warga sekolah dan masyarakat sekitar dalam usaha pihak sekolah menyampai dan menyebar luas maklumat serta aktiviti yang dijalankan diperingkat sekolah.

Rujukan :
http://skkbselising.blogspot.my/

Blog Rasmi Pusat Sumber Intelektual Al-Ghazali SK Chabang Empat

Admin diberi peluang menghasilkan Blog Rasmi PSS SK Chabang Empat, Tumpat bagi persediaan ke pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) 2017. Kesempatan ini admin gunakan sepenuhnya dalam menghasilkan blog tersebut. Ianya dibantu sepenuhnya oleh Cikgu Hasnah selaku Guru Perpustakaan & Media sekolah.

Blog ini berjaya disiapkan dalam masa 4 hari menggunakan design Gooyaabi Templates.

Jika berminat menghasilkan blog yang sama seperti ini, kami bersedia membantu anda.

Rujukan :
http://pssskchabangempat.blogspot.my/

Pengisian Maklumat Makmal Komputer Sekolah - Sekolah KPM dalam sistem eData

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, BTP/PMO ICT telah membangunkan satu modul baru dalam sistem Data Inisiatif ICT Sekolah - Sekolah KPM (eData) iaitu modul Makmal Komputer untuk mengumpul data makmal komputer sekolah bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.
3. Sehubungan itu, tuan/puan dengan kerjasama PKG dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian / verifikasi maklumat makmal komputer sekolah di dalam sistem tersebut. Setiap PKG perlu mengemaskini data sekolah di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan urusan pengesahan data dapat dijalankan dengan lancar. Maklumat berkenaan hendaklah disahkan oleh PKG dan BTPN selewat-lewatnya 02 Jun 2014 (Isnin).
4. Modul Makmal Komputer tersebut boleh diakses melalui pautan "Kemaskini Data Makmal Komputer" setelah PKG/BTPN log masuk dalam sistem eData (www.moe.edu.my/epantau/eData).
5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus ke alamat emel uppt@moe.gov.my.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
Dg. Rodzianah Binti Tahir Programme Management Office (PMO ICT) Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 03-2081 7660







Pemantauan Penggunaan Chromebook di Sekolah-Sekolah Kelantan

 Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

 Tuan/Puan Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, BTPN Kelantan telah menerima teguran dari BTP berkaitan status penggunaan chromebook. Sekolah yang telah dibekalkan chromebook, status penggunaan 30 hari lepas yang kurang 50mb adalah seperti di dalam pautan yang diberikan
2. Sehubungan dengan itu, pihak BTPN memohon kerjasama pihak PKG memantau dan siasat perkara ini.
Bersama-sama dilampirkan pautan senarai sekolah untuk tindakan. Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia pada atau sebelum 6 Ogos 2014.
Bersama ini juga dilampirkan salinan Instrumen Pemantauan Penggunaan Chromebook untuk dilengkapkan. Instrumen ini juga perlu dihantar ke BTPN pada atau sebelum 6 Ogos 2014.
[scribd-doc doc="234845267" key="W64CWXGdO0buJfweylyx"]
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan ICT BTPN Kelantan